13 November 2011

Program Culaan & Mengenal Pengundi Baru.

Program Culaan & Mengenal Pengundi Baru.

Alhamdilillah, hari ini tanggal 12.11.2011 Pas U10 (Cawangan) telah berjaya melaksanakan satu lagi tugasan parti iaitu culaan & mengenal pengundi baru. Pasukan mula berkumpul di pejabat pada jam 9.00 pagi. Acara dimulakan dengan sedikit tazkirah dan kata-kata semangat daripada Setiausaha Cawangan, Ustaz Amin. Kemudian pasukan di berikan taklimat serba sedikit berkenaan program. Bilangan pasukan telah dibahagikan kepada empat pasukan. Setiap pasukan diberi 20 senarai nama pengundi baru. Adapun kawasan yang diamanahkan adalah ssU10 (Puncak Perdana & Alam Impian) dan Pas U10 diminta untuk membantu Pas Cawangan ssU8 (Bukit Jelutong). Pasukan telah mula bergerak ke lokasi sekitar jam 10.00 pagi. 
Alhamdulillah, program pada kali ini dijayakan bersama-sama dengan wakil Wanita PKR Cabang Shah Alam seramai dua orang. Program berakhir lebih kurang jam 1.30 tengahari. Tahniah kepada semua kerana berjaya melaksanakan amanah yang telah diberi. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan mendapat ganjaran dan keberkatan dari ALLAH swt. Sekian. Jkk.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan