APA BEZA AMBIGA DENGAN ANAK TUN MAHATHIR ?
PENERANGAN
YANG CUKUP JELAS UNTUK MENEPIS TOHMAHAN UMNO TERHADAP S.AMBIGA.PROGRAM
INI TELAH LAMA WUJUD SEMASA S.AMBIGA DIPIHAK UMNO.PERANGKAP UMNO YANG
CUBA MERAIH PERHATIAN RAKYAT. TETAPI RAKYAT BUKAN SEMUDAH ITU UNTUK
DITIPU..BACA SAMPAI HABIS...
APA BEZA AMBIGA DENGAN ANAK TUN MAHATHIR ?
GEGAK gempita pemimpin-pemimpin Umn...o
dan beberapa NGO pro Umno menentang program Seksualiti Merdeka malahan
gempitanya mereka mengalahkan PAS, sebuah Parti Islam tunggal di negara
ini. Semuanya adalah kerana S.Ambiga, bukannya kerana moral jauh sekali
Umno memperjuangkan akidah umat Islam.
Buktinya apa? Buktinya
program ini telah wujud lama di dalam negara di bawah Kerajaan Bn yang
tunjangnya adalah Umno. Program seumpama ini telah wujud sejak tahun
2008, tetapi ketika itu rakyat tidak bantah seperti sekarang, dan waktu
itu S.Ambiga bukan musuh Umno. S.Ambiga menjadi musuh utama Umno
apabila wanita ini berjaya memimpin BERSIH 2.0 sehinggakan SPR terpaksa
mengaku sikit demi sedikit kecurangan mereka. Maka, kali ini Umno
mendapat peluang untuk menghentam S.Ambiga dengan menggunakan isu
Seksualiti Merdeka yang dahulunya mereka `halalkan'.
Tujuan
Umno adalah untuk memerangkap PAS terutamanya yang menyokong S.Ambiga
di dalam BERSIH 2.0. Namun, Pemimpin PAS bukan bodoh dan menjadi Pak
Turut seperti Umno. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.
Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tegas membantah
program Seksualiti Merdeka, begitu juga dengan Dewan Pemuda PAS. Tuan
Guru Nik Aziz menyebut, PAS menyokong BERSIH bukan kerana S.Ambiga atau
individu tertentu, tetapi adalah kerana berjuang untuk membersihkan
sistem pilihanraya di negara ini adalah menjadi satu kewajipan. Begitu
juga PAS menentang program Seksualiti Merdeka ini pun bukan kerana
S.Ambiga atau sesiapa sekalipun, tetapi kerana program ini bertentangan
dengan hukum Islam dan normal kemasyarakatan.
Berbeza dengan
Umno, sewaktu program ini wujud pada tahun 2008 mereka tidak peka
sedikitpun sehinggalah pada tahun ini apabila S.Ambiga muncul. Ini
bukti jelas menunjukkan Umno tidak pernah ikhlas untuk menentang
kemungkaran tetapi sebaliknya akan mempergunakan sesuatu isu hanya
untuk memberi nyawa kepada Umno.
Mereka mempersoalkan mengapa
DS Anwar tidak komen di dalam isu Seksualiti Merdeka ini? Sebelum kita
jawab persoalan itu, kita mahu tanya Umno apakah kesannya jika DS Anwar
sokong atau tidak program Seksualiti Merdeka itu? Katakan lah DS Anwar
sokong S.Ambiga di dalam program Seksualiti Merdeka, ini suatu
kemenangan maha besar buat Umno untuk mendakwa DS Anwar anti Islam atau
menyokong kemungkaran. Katakan pula DS Anwar tidak menyokong program
tersebut, Umno rasa mereka mungkin berjaya memisahkan DS Anwar atau PKR
dari S.Ambiga iaitu tokoh wanita yang telah memalukan Najib di dalam
BERSIH 2.0 dahulu.
Ertinya, Umno mahu DS Anwar terperangkap di
dalam isu ini. Namun, akhirnya mereka sendiri terperangkap apabila
rakyat sedar bahawa program ini telah lama wujud di dalam pemerintahan
Umno/Bn. Baca di sini. DS Anwar sememangnya dikenali sebagai tokoh
Islamik sewaktu di dalam ABIM lagi sehinggalah berjaya sedikit sebanyak
menyerlahkan wajah Islam pada parti Umno sewaktu beliau berada di dalam
kerajaan. Amat tidak masuk akal jika DS Anwar bersetuju dengan program
Seksualiti Merdeka.
Nah, sekarang lihat sendiri tanpa komen
apa-apa pun dari DS Anwar, pihak Polis sendiri telah pun mengharamkan
program tersebut. Saya puji langkah pihak Polis ini walaupun terpaksa
menanti lama untuk melihat respon masyarakat. Sekali lagi ingin
ditegaskan, jika S.Ambiga masih berkeras mahu mengadakan program sesat
berkenaan, kami yang pernah bersama BERSIH 2.0 tidak akan menyokong
beliau.
Apa yang penting di dalam isu ini adalah rakyat perlu
tahu siapa yang paling berkuasa untuk mencegah sesuatu kemungkaran di
dalam negara ini. Umno selaku tunjang Kerajaan Bn pada masa ini
sewajarnya mencegah kemungkaran yang berlaku bukan sahaja atas isu
program Seksualiti Merdeka, bahkan banyak lagi kemungkaran seperti
Pusat Judi terbesar yang masih tersergam di negara ini. Adakah perlu
menunggu S.Ambiga menjadi tokeh judi dahulu baru Umno mahu bercakap
pasal judi?
Saya menentang S.Ambiga di dalam isu program
Seksualiti Merdeka, begitu juga sepatutnya kita paling kuat menentang
anak Tun Mahathir yang telah pun memiliki Kilang Arak terbesar di
Filipina. Apa beza S.Ambiga dengan anak Tun? Orang-orang Umno buta mata
kepada anak Tun, tetapi terbeliak mata dengan S.Ambiga. Percayalah,
Umno tidak pernah ikhlas untuk memperjuangkan Islam kecuali melantik
tokeh judi menjadi Senator. Tentu Datuk Nalla bersetuju dengan apa yang
saya perkatakan ini...jzkk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan