13 Julai 2010

MESYUARAT AGONG PENUBUHAN CAWANGAN PAS SEKSYEN U10, KALI PERTAMA PADA 11.07.2010


Kata-kata aluan oleh Pengerusikan Mesyuarat Ustaz Fadhil Majid. Kemudian bacaan doa oleh Ustaz Shahrizal sebelum mesyuarat bermula.


Ucapan oleh Pengerusi Penaja PAS Seksyen U10, Encik Abdul Halim Ali. Beliau mengucapkan SYABAS dan Alhamdulillah dengan berkat kesabaran semua ahli maka hari ini berjaya tertubuhnya PAS Cawangan Seksyen U10.

Ahli parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad antara lain dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Penaja diatas usaha selama ini sehingga tertubuhnya sebuah lagi cawangan PAS di Shah Alam. Beliau juga menekankan berkenaan dengan keadilan dalam Islam dan seterusnya diimplikasikan dalam pemerintahan dan kehidupan seharian tidak kira bangsa dan ugama. Diakhir ucapan beliau merasmikan Mesyuarat Agong Kali Pertama ini.


Seterusnya penyerahan Sijil Kelulusan Penubuhan Cawangan PAS Seksyen U10 di sempurnakan oleh YB Khalid Abd Samad kepada Encik Abd Halim Ali.




Sebelum pemilihan bermula, sedikit penerangan berkenaan peraturan pemilihan di berikan oleh Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam, Hj Hamdan Tahir. Pemilihan bermula dan di bantu oleh Setiausaha Kerja 3, PAS Kawasan Shah Alam, Encik Samad dan Encik Ahmad Shakir Badrulhisham sebagai pencatat minit mesyuarat.


Diakhir mesyuarat bacaan doa di sampaikan oleh Ustaz Mohd Amin.
Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 tengahari.
Sekian.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah!Tahniah buat penduduk u10!
    Ruang dan peluang dah ada untuk kita bersama mencatat sejarah perjuangan kebenaran dan keadilan!Tunggu apa lagi?? JOM........

    sertai PAS sekarang!

    BalasPadam