21 November 2011
13 November 2011
Program Culaan & Mengenal Pengundi Baru.
Program Culaan & Mengenal Pengundi Baru.
Alhamdilillah, hari ini tanggal 12.11.2011 Pas U10 (Cawangan) telah berjaya melaksanakan satu lagi tugasan parti iaitu culaan & mengenal pengundi baru. Pasukan mula berkumpul di pejabat pada jam 9.00 pagi. Acara dimulakan dengan sedikit tazkirah dan kata-kata semangat daripada Setiausaha Cawangan, Ustaz Amin. Kemudian pasukan di berikan taklimat serba sedikit berkenaan program. Bilangan pasukan telah dibahagikan kepada empat pasukan. Setiap pasukan diberi 20 senarai nama pengundi baru. Adapun kawasan yang diamanahkan adalah ssU10 (Puncak Perdana & Alam Impian) dan Pas U10 diminta untuk membantu Pas Cawangan ssU8 (Bukit Jelutong). Pasukan telah mula bergerak ke lokasi sekitar jam 10.00 pagi.
Alhamdulillah, program pada kali ini dijayakan bersama-sama dengan wakil Wanita PKR Cabang Shah Alam seramai dua orang. Program berakhir lebih kurang jam 1.30 tengahari. Tahniah kepada semua kerana berjaya melaksanakan amanah yang telah diberi. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan mendapat ganjaran dan keberkatan dari ALLAH swt. Sekian. Jkk.
05 November 2011
APA BEZA AMBIGA DENGAN ANAK TUN MAHATHIR ?
PENERANGAN YANG CUKUP JELAS UNTUK MENEPIS TOHMAHAN UMNO TERHADAP S.AMBIGA.PROGRAM INI TELAH LAMA WUJUD SEMASA S.AMBIGA DIPIHAK UMNO.PERANGKAP UMNO YANG CUBA MERAIH PERHATIAN RAKYAT. TETAPI RAKYAT BUKAN SEMUDAH ITU UNTUK DITIPU..BACA SAMPAI HABIS...
03 November 2011
PAS sokong Bersih, tidak Seksualiti Merdeka
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 3 Nov: PAS menegaskan sokongan parti itu terhadap Datuk S Ambiga hanyalah terhadap isu yang dibawanya terutama mengenai tuntutan Bersih baru-baru ini, tetapi bukanlah sokongan ke atas batang tubuhnya.
Oleh itu, PAS tetap tidak bersetuju malah menentang keras pendirian Ambiga terhadap hak asasi manusia yang diperjuangkannya mengenai seksualiti termasuk sokongannya terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit baru-baru ini.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, perkara itu perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan untuk menegakkan Islam di tanah air.
Hudud : Kaji Jangan Hina
1. Hudud adalah sebahagian dari hukum Allah swt Tuhan yang mencipta manusia. Dia bukan ciptaan manusia atau mana - mana parti politik. Hukumnya terkandung di dalam kitab suci Al Quranul Kareem. Bagi mereka yang beriman kepada Allah swt. , mereka bukan sahaja wajib beriman kepada apa yang telah diwahyukan Allah tetapi juga diwajibkan melaksanakannya.
2. Tidak memahaminya perlu kepada penelitian dan pengkajian. Bukan menolaknya mentah - mentah apatah lagi menghinanya. Langkah yang terbaik ialah menyertai wacana dan dialog mengenainya. Mutaakhir ini banyak penganjuran dari pelbagai pihak termasuk Kerajaan negeri Kelantan menganjurkannya. Insyaallah, sedikit masa lagi, DPPM juga telah merancang untuk mengadakan roadshow bagi membuat penjelasan mengenai hudud ke seluruh negara. Chua Soi Lek dan pimpinan MCA bolehlah menyertainya dengan dada yang lapang untuk mempelajarinya sebelum membuat apa - apa tindakan.
3. Tindakan Chua Soi Lek yang agerasif
Seksualiti Merdeka 2011 : Kembalilah Kepada Fitrah
1. Negara kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya " Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.
2. Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka.
3. Sungguhpun mereka
Langgan:
Catatan (Atom)